Halaman

Rabu, 26 Oktober 2011

SEPERTI MEMILIKI EMAS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ya seperti memiliki emas walau pun bukannya emas...tapi nilainya kadang2 buleh melebihi dr emas...begitu saya rasa terhadap keperluan memiliki madu,madu sangat penting dalam kehidupan..tak perlu saya cerita kehebatan madu.sudah banyak artikel mengenai madu dicerita.dari Al-QURAN sampai kajian sains membuktikan kehebatan madu lebah...cuma saya ingin cerita perasaan saya terhadap madu,saya berasa seolah2 ada energi dibebaskan oleh madu.ya..seperti wanita memiliki emas...perasaan itu lah yang ada pada saya..bernilainya madu hampir sama seperti emas.
saya terbayang kalau lah madu diniagakan seperti emas,ada harga turun naiknya..macam mana keadaan industri penternakan lebah??.tentu sudah pesat membangun industri lebah.iya la harga sama dengan emas..silap2 dalam ladang lebah pun ada cctv.hehe...masa tu dah kaya la..ermm..kalau berangan memang tak hingat dunia realiti.
ok..berbalik tentang energi tadi,madu seperti emas memang perlu ada di setiap rumah..emas disimpan melambangkan kekayaan keberhataan hehe..energi emas tu ada dalam rumah yaitu tenaga kekayaan itu..saya berpendapat begitu juga madu lebah perlu di simpan di setiap rumah supaya dapat mengekalkan energi madu.yaitu kesihatan kita sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.
saya berpendapat ataupun saya bersetuju mungkin pembaca semua juga bersetuju dengan saya..nilai kesihatan itu lebih penting daripa emas tu sendiri..buleh juga jual emas tu tuk perubatan kita..lepas sihat emas buleh dicari lagi,tapi kesihatan yg tak dijaga ada emas pon tak BEST.WALAU APA PUN lagi bagus kalau ada kedua2nya emas dan madu didalam rumah.kalau tak ada emas ada madu pun bersyukurlah..sebab nilai dia lebih dr emas..

Khamis, 6 Januari 2011

yang ditunggu tak kunjung tiba.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum,salam sejahtera..
tahun baru..musim baru..banyak cabaran perlu dilalui sama ada dari dalam diri kita atau luaran kita,termasuk keadaan bumi yang kita duduki sekarang yang mengalami ketidak tentuan cuacanya,apa yang kita jangka dan harapkan tidak selalunya menjadi yang kita jangka dan harapkan.dengan cuaca sekarang yang tak tentu menternak lebah menjadi semakin mencabar.penghujung tahun2010 hujan masih lagi turun sampai ke awal tahun 2011,musim timoq(kering)sekejap ada sekejap hilang (mcm sekut),saya sekarang menunggu musim perpindahan(pecah koloni) yang dijangkakan awal tahun hingga ke pertengahan tahun.batang glodok saya telah sediakan untuk untuk perangkap lebah baru.sekarang saya hanya menunggu ketibaan musim kering.BERSAMBUNG

Sabtu, 18 Disember 2010

MEMINDAH BENIH LEBAH KE DALAM KOTAK

salam..saya ingin berkisah bagaimana saya memindah lebah ke dalam kotak(haif),sebelum tu saya ingin tegaskan kemungkinan apa yang saya praktikkan belum tentu adalah cara yang paling betul,mungkin di luar sana ramai orang ada cara lain untuk memindah lebah ke dalam kotak bergantung kepada keadaan.
saya selalu mengambil lebah yang bersarang di dalam gelodok untuk di pindahkan ke dalam kotak.sebab apa saya suka dengan cara ni..adalah kerana saya tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari lebah di setiap pelusuk kampung..dan cukup tak selesa bila mengambil lebah di rumah orang..banyak yang memerhati kita dan tak kurang yang mencemuh..lebih baik kita tunggu saja lebah datang kepada kita.kan senang tuu..cm sekali sekala saja saya terpaksa gagahkan diri juga untuk membantu memindah lebah di rumah disebabkan tuan rumah memang memerlukan pertolongan.biasanya lah..tuan rumah nak buat kenduri la..
lebah di dalam golodok selalunya membuat sarang dengan cara sarangnya berkeping2 dan melekat di atas penutup gelodok,kadang2 sarang lebah di buat cara melintang(orang kata la..sarang melingtang dari arah matahari terbit lebahnya lebih garang).selalunya sarang lebah di dalam gelodok kalau dibiar lama bersarang,sarangnya boleh mencapai sehingga 9 keping atau lebih.pernah juga saya pindah lebah di dalam gelodok sambil menuai madunya sehingga madu yang saya tuai boleh di isi 2 botol 325ml..bagi saya itu adalah pencapaian yang besar memandangkan sarang lebah hanya di buat didalam gelodok.biasa sarang dalam gelodok madu tak banyak.
Kebiasaannya sebelum saya melakukan pemindahan lebah..peralatan untuk kegunaan memindah telah saya sediakan dengan rapi.antara peralatannya adalah seperti pisau untuk potong sarang lebah,getah @tali untuk mengikat sarang di bingkai kotak,kotak lebah,dan set lengkap pakaian pelingdung(buat sendiri je).lebah boleh di pindah pada waktu petang sebab waktu petang semua lebah sudah berkumpul di dalam sarang.
selalunya pintu sarang lebah menghala ke arah matahari terbit.semasa membuka gelodok..perhatikan betul2 kedudukan sarang lebah dan mengikut turutannya supaya semasa memindah sarang kedalam kotak sarang tidak bertukar tempat dan ia kena mengikut turutan sarang yang sama di dalam gelodok.cukup hanya beberapa keping sarang dilekatkan didalam bingkai kotak lebah.cuma sarang yang hendak dilekatkan itu perlulah sarang yang mengandungi banyak anak2 lebah.dan sedikit makanan untuknya.

Sabtu, 23 Januari 2010

musim timoq(kering)

musim angin timor..di perlis..,cuaca sekarang memang terlalu panas,sudah berapa minggu ntah hujan tak turun membasah bumi terutamanya di kawasan yang paling panas di malaysia ini,yakni kawasan chuping..kawasan ternak lebah turut terasa hingga mengurangkan hasil tuaian madu,sarang2 lebah banyak yang kosong dan kering.selain itu..masaalah serangga yang menyerang kotak lebah juga turut meningkat terutamanya daripada kerengga dan semut.untuk mengelak dari serangan serangga lain tapak kotak lebah telah di isi dengan minyak atau air,tapi dengan cuaca sekarang penggunaan minyak adalah lebih sesuai kerana apabila air digunakan ia akan cepat kering kerana cuaca yang terlalu panas.namun semua ini ada hikmahnya..saya dapati madu di musim kering ini adalah yang paling terbaik kerana kandungan airnya yang rendah.

Isnin, 12 Oktober 2009

kebun belimbing



dalam kawasan projek lebah ini saya telah menanam sebanyak dua ratus pokok belimbing,pokok kelapa mastar hampir seratus pokok yang telah di tanam.selain itu pokok gelam turut di isi dalam kebun saya,rancangan masa akan datang saya ingin menanam pokok longan(sejenis pokok mata kucing),emm..pokok ni memang terbukti dapat mengeluarkan bunga yang banyak.di Thailand banyak pengusaha lebah mengusahakan ternakan lebah dalam ladang longan.