Halaman

Sabtu, 18 Disember 2010

MEMINDAH BENIH LEBAH KE DALAM KOTAK

salam..saya ingin berkisah bagaimana saya memindah lebah ke dalam kotak(haif),sebelum tu saya ingin tegaskan kemungkinan apa yang saya praktikkan belum tentu adalah cara yang paling betul,mungkin di luar sana ramai orang ada cara lain untuk memindah lebah ke dalam kotak bergantung kepada keadaan.
saya selalu mengambil lebah yang bersarang di dalam gelodok untuk di pindahkan ke dalam kotak.sebab apa saya suka dengan cara ni..adalah kerana saya tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari lebah di setiap pelusuk kampung..dan cukup tak selesa bila mengambil lebah di rumah orang..banyak yang memerhati kita dan tak kurang yang mencemuh..lebih baik kita tunggu saja lebah datang kepada kita.kan senang tuu..cm sekali sekala saja saya terpaksa gagahkan diri juga untuk membantu memindah lebah di rumah disebabkan tuan rumah memang memerlukan pertolongan.biasanya lah..tuan rumah nak buat kenduri la..
lebah di dalam golodok selalunya membuat sarang dengan cara sarangnya berkeping2 dan melekat di atas penutup gelodok,kadang2 sarang lebah di buat cara melintang(orang kata la..sarang melingtang dari arah matahari terbit lebahnya lebih garang).selalunya sarang lebah di dalam gelodok kalau dibiar lama bersarang,sarangnya boleh mencapai sehingga 9 keping atau lebih.pernah juga saya pindah lebah di dalam gelodok sambil menuai madunya sehingga madu yang saya tuai boleh di isi 2 botol 325ml..bagi saya itu adalah pencapaian yang besar memandangkan sarang lebah hanya di buat didalam gelodok.biasa sarang dalam gelodok madu tak banyak.
Kebiasaannya sebelum saya melakukan pemindahan lebah..peralatan untuk kegunaan memindah telah saya sediakan dengan rapi.antara peralatannya adalah seperti pisau untuk potong sarang lebah,getah @tali untuk mengikat sarang di bingkai kotak,kotak lebah,dan set lengkap pakaian pelingdung(buat sendiri je).lebah boleh di pindah pada waktu petang sebab waktu petang semua lebah sudah berkumpul di dalam sarang.
selalunya pintu sarang lebah menghala ke arah matahari terbit.semasa membuka gelodok..perhatikan betul2 kedudukan sarang lebah dan mengikut turutannya supaya semasa memindah sarang kedalam kotak sarang tidak bertukar tempat dan ia kena mengikut turutan sarang yang sama di dalam gelodok.cukup hanya beberapa keping sarang dilekatkan didalam bingkai kotak lebah.cuma sarang yang hendak dilekatkan itu perlulah sarang yang mengandungi banyak anak2 lebah.dan sedikit makanan untuknya.

10 ulasan:

kamarudin berkata...

salam,
saya baru berjinak dlam penternakan apis cerana.ingin tahu macamana nak membesarkan koloni cerana yang sedikit,tanpa ratu kerana terpisah dari koloni asal.
harap dapat membantu.saya dari melaka.
terima kasih
kamarudin, melaka

Tanpa Nama berkata...

salam,
ingin bertanya bagaimana nak membesarkan koloni cerana yang kecil tanpa ratu setelah terpuisah dari koloni asal.saya dah masukan dalam haif,elok saja tapi nampak tak membiak.dah hampir 2 minggu tapi belum ada kom lagi cuma dok berkumpul saja.
terima kasih
kamarudin ,melaka.

cerana berkata...

wassalam..selalunya saya akn akan mengambil petak2 lebah yg xda ratu dan di pindahkan kedalam kotak2 lebah yg lain.atau pun saya akan terus menggantikan ddengan koloni lebah yg baru.mmg ada teknik membuat ratu.tp saya tidak menggunakannya.saya memindahkan koloni lebah cara tradisional sj.yaitu dengan cara memasang glodok.selepas itu baru akan dipindahkan ke dalam kotak.

Tanpa Nama berkata...

salam,
nak buat gelodok tu satu masalah pulak.bolehtak saya terus letak haif kosong kat bawah pokok yg rasanya sesuai utk perangkap lebah liar.satu lagi mcm mna nk tau kawasan tu ada lebah liar utk diperangkap.atu main nasib2 aje hehe..
kat melaka kawasan sya ni bnyak kelapasawit dan kombinasi pokok getah dan durian dan sikit acasia liar
sya dah pindahkan 3 koloni liar sekitar rumah dalam haif.setakat ni nampak dah stabil
tkasih

cerana berkata...

wassalam..dulu sy biasa letak kotak lebah dtmpt kebun2 buah.tp lebah xpernah masuk lg,lps 2 sy beralih ke glodok.dan letak d tmpt yg sm.tak lama slps 2 sy tgk lebah da ada dlm glodok.mgkn lebah akn msuk dlm haif.tp keberengkalian untuk msuk xbyk berbanding klau gn glodok.sy jamin 90% pasti msuk,berdasarkan pengalaman sy la.sy rs kwsan yg kamu sebut 2 mmg byk makanan tuk lebah.jd kwsan 2 pasti ada lebah.try la letak dulu kotak lebah.pastu try plak gn glodok.

Tanpa Nama berkata...

salam,
selain apis cerana ada tak bela apis millifera yang top sekarang .difahamkan penghasilan madunya banyak melebihi cerana.
bulan berapa lebah buat madu yg banyak dan ada tak apa apa doa yang perlu dibaca sebelum amik masdu/pindahkan sarang supaya lebah jinak .kalau boleh berkongsilah haha tk-kamarudin melaka



email sya: tra_vol_ta@yahoo.com.my

cerana berkata...

wassalam..sy tak ternak apis milifera sy pon xtau benih dia ada jual kt mn.dulu ada dgr kt siam ada jual.tp sbnrnya sy mmg xberminat dgn melifera sb ada seorg penternak d perak yaitu p.cik omar dr bagan datuh,menurutnya lebah ni byk kerenah kn jaga dia betul2 dan manja plk 2.haha..lg lebah nie xpandai cari mkn kt malaysia.mgkn skrg diaorg da buat kacukan dgn lebah lokal.2 yg bleh bela kt cni.hehe..

cerana berkata...

sy selalu bc bismillah dan selawat ja.maknanya xda yg khusus tuk lebah.mgkn ada org lain yg tau.ble jg kongsi2.

Tanpa Nama berkata...

ada e mail atau facebook tak

cerana berkata...

ada..email:wanncerana81@yahoo.com.my
facebook:budaklebah

Terdapat ralat dalam alat ini