Halaman

Khamis, 27 Ogos 2009

Pokok Gelam sumber makanan Lebah

Pokok Gelam memang diakui telah menjadi sumber makanan yang penting untuk lebah,pokok ini memang banyak mengeluarkan bunga sehingga banyak lebah yang tertarik kepadanya,dahulu..di kampung dikawasan bendang dan paya banyak terdapat hutan gelam.lebah2 banyak membuat sarang disekitar kawasan hutan gelam,namun sekarang hutan gelam sudah berkurang banyak hutan gelam yang diteroka untuk dijadikan sawah bendang,Untuk menternak lebah pokok2 gelam perlu banyak ditanam dikawasan ternakan lebah,namun untuk mencari benih gelam memang sukar didapati sekarang ini

Sabtu, 22 Ogos 2009

Cerana Si Lebah Kampung

Di kampung2 kebanyakkan penduduk menggelarkan lebah cerana ini dengan panggilan APIT-APIT,sebab di panggil nama begitu kerana lebah ini suka membuat sarang2nya didlm lubang dan dicelah2 papan rumah,lebah ini juga telah banyak membuat sarang di dlm almari pakaian penduduk kampung,tuan rumah mengalami kesulitan semasa mengambil pakaian di almari yang diduduki lebah,kebanyakkan sarang2 lebah di musnah dengan menggunakan spray racun serangga,kasihan si cerana rumahnya telah di musnahkan walaupun bakti dan jasanya banyak dicurahkan kepada manusia

Khasiat Madu

Sudah terbukti madu mempunyai banyak khasiatnya,di dalam alquran ada menceritakan tentang khasiat madu

Jumaat, 21 Ogos 2009

Permulaan Ternakan Lebah

Sebelum mula ternakan lebah ini,tiada angan atau terlintas d hati untuk membuat projek lebah ini,tapi suka makan madu,sebab banyak khasiat.madu yang ada di pasaran tak banyak.yang ada kat pasaran stastus keasliannya pula diragui