Halaman

Sabtu, 18 Disember 2010

MEMINDAH BENIH LEBAH KE DALAM KOTAK

salam..saya ingin berkisah bagaimana saya memindah lebah ke dalam kotak(haif),sebelum tu saya ingin tegaskan kemungkinan apa yang saya praktikkan belum tentu adalah cara yang paling betul,mungkin di luar sana ramai orang ada cara lain untuk memindah lebah ke dalam kotak bergantung kepada keadaan.
saya selalu mengambil lebah yang bersarang di dalam gelodok untuk di pindahkan ke dalam kotak.sebab apa saya suka dengan cara ni..adalah kerana saya tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari lebah di setiap pelusuk kampung..dan cukup tak selesa bila mengambil lebah di rumah orang..banyak yang memerhati kita dan tak kurang yang mencemuh..lebih baik kita tunggu saja lebah datang kepada kita.kan senang tuu..cm sekali sekala saja saya terpaksa gagahkan diri juga untuk membantu memindah lebah di rumah disebabkan tuan rumah memang memerlukan pertolongan.biasanya lah..tuan rumah nak buat kenduri la..
lebah di dalam golodok selalunya membuat sarang dengan cara sarangnya berkeping2 dan melekat di atas penutup gelodok,kadang2 sarang lebah di buat cara melintang(orang kata la..sarang melingtang dari arah matahari terbit lebahnya lebih garang).selalunya sarang lebah di dalam gelodok kalau dibiar lama bersarang,sarangnya boleh mencapai sehingga 9 keping atau lebih.pernah juga saya pindah lebah di dalam gelodok sambil menuai madunya sehingga madu yang saya tuai boleh di isi 2 botol 325ml..bagi saya itu adalah pencapaian yang besar memandangkan sarang lebah hanya di buat didalam gelodok.biasa sarang dalam gelodok madu tak banyak.
Kebiasaannya sebelum saya melakukan pemindahan lebah..peralatan untuk kegunaan memindah telah saya sediakan dengan rapi.antara peralatannya adalah seperti pisau untuk potong sarang lebah,getah @tali untuk mengikat sarang di bingkai kotak,kotak lebah,dan set lengkap pakaian pelingdung(buat sendiri je).lebah boleh di pindah pada waktu petang sebab waktu petang semua lebah sudah berkumpul di dalam sarang.
selalunya pintu sarang lebah menghala ke arah matahari terbit.semasa membuka gelodok..perhatikan betul2 kedudukan sarang lebah dan mengikut turutannya supaya semasa memindah sarang kedalam kotak sarang tidak bertukar tempat dan ia kena mengikut turutan sarang yang sama di dalam gelodok.cukup hanya beberapa keping sarang dilekatkan didalam bingkai kotak lebah.cuma sarang yang hendak dilekatkan itu perlulah sarang yang mengandungi banyak anak2 lebah.dan sedikit makanan untuknya.
Terdapat ralat dalam alat ini