blog 19cerana mengisahkan pengalaman menternak lebah apis cerana dan juga kisah dunia lebah...yang mendapat menafaat sila gunakan,yang mana tidak bermanafaat sila abaikan.
Selasa, 22 Disember 2009
Isnin, 12 Oktober 2009
kebun belimbing


dalam kawasan projek lebah ini saya telah menanam sebanyak dua ratus pokok belimbing,pokok kelapa mastar hampir seratus pokok yang telah di tanam.selain itu pokok gelam turut di isi dalam kebun saya,rancangan masa akan datang saya ingin menanam pokok longan(sejenis pokok mata kucing),emm..pokok ni memang terbukti dapat mengeluarkan bunga yang banyak.di Thailand banyak pengusaha lebah mengusahakan ternakan lebah dalam ladang longan.
Selasa, 1 September 2009
Gelodok
Gelodok digunakan untuk lebah membuat sarang,Ia diperbuat daripada batang kelapa,lebah2 memang suka mencari glodok untuk di buat sarang,faktor lebah menyukai batang kelapa mungkin batang kelapa mempunyai aroma yang dapat menarik minat lebah untuk membina sarang dalam glodok,selain itu faktor kesemulajadian batang kelapa itu juga membuatkan lebah mudah membina sarang.cara2 membuat glodok..
Khamis, 27 Ogos 2009
Pokok Gelam sumber makanan Lebah
Pokok Gelam memang diakui telah menjadi sumber makanan yang penting untuk lebah,pokok ini memang banyak mengeluarkan bunga sehingga banyak lebah yang tertarik kepadanya,dahulu..di kampung dikawasan bendang dan paya banyak terdapat hutan gelam.lebah2 banyak membuat sarang disekitar kawasan hutan gelam,namun sekarang hutan gelam sudah berkurang banyak hutan gelam yang diteroka untuk dijadikan sawah bendang,Untuk menternak lebah pokok2 gelam perlu banyak ditanam dikawasan ternakan lebah,namun untuk mencari benih gelam memang sukar didapati sekarang ini
Rabu, 26 Ogos 2009
Sabtu, 22 Ogos 2009
Cerana Si Lebah Kampung
Di kampung2 kebanyakkan penduduk menggelarkan lebah cerana ini dengan panggilan APIT-APIT,sebab di panggil nama begitu kerana lebah ini suka membuat sarang2nya didlm lubang dan dicelah2 papan rumah,lebah ini juga telah banyak membuat sarang di dlm almari pakaian penduduk kampung,tuan rumah mengalami kesulitan semasa mengambil pakaian di almari yang diduduki lebah,kebanyakkan sarang2 lebah di musnah dengan menggunakan spray racun serangga,kasihan si cerana rumahnya telah di musnahkan walaupun bakti dan jasanya banyak dicurahkan kepada manusia
Khasiat Madu
Sudah terbukti madu mempunyai banyak khasiatnya,di dalam alquran ada menceritakan tentang khasiat madu
Jumaat, 21 Ogos 2009
Permulaan Ternakan Lebah
Sebelum mula ternakan lebah ini,tiada angan atau terlintas d hati untuk membuat projek lebah ini,tapi suka makan madu,sebab banyak khasiat.madu yang ada di pasaran tak banyak.yang ada kat pasaran stastus keasliannya pula diragui
Langgan:
Catatan (Atom)